PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
Diselenggarakan oleh Ustazah Taibah Binti Senawi dan Rosnian Ahmad Razali
 
Asas-Asas Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam
 
Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam terdiri daripada:
 
01. Tilawah Al Quran - merangkumi asas tilawah,kaedah membaca iqrak dan
memahami surah.
 
02. Akhlak Islamiah - melatih dan mendidik murid berakhlak mulia dan mengi-
kuti sunah perjalanan Nabi Muhamad S.A.W.
 
03. Asas Ulum Shariah - merangkumi pelajaran ibadah,akidah, dan sirah.
 
 
Objektif pelajaran adalah:
 
a. Membolehkan murid megamalkan fardu ain dengan sempurna.
b. Mempercayai dan menyakini adanya Allah dengan sempurna.
c. Menteladani sirah Nabi Muhamad S.A.W.
 
 
SEJARAH ISLAM
 
Sedikit Tentang Sejarah Islam di Sepanyol
 
Terdapat dua golongan mengembangkan tamadun Islam di Sepanyol. Pertama
sememangnya cerdik pandai Arab yang berpindah ke Sepanyol ketika pembukaan
Sepanyol dan selepasnya. Sementara golongan kedua adalah mereka yang lahir di
Sepanyol hasil kahwincampur antara pendatang Arab dengan orang Islam tempatan.
 
Hasil gabungan dua golongan ini lahirlah kemajuan dalam bidang intelektual yang
meliputi beberapa bidang ilmu pengetahuan. Antaranya ialah bidang-bidang ilmu
syariah, ilmu falsafah, ilmu sains, muzik, seni dan sastera Arab.
 
Kota Cordoba ialah kota Islam moden yang paling terkenal dalam sejarah Islam.
Bukan saja di kalangan orang Islam, tetapi juga di kalangan cerdik pandai Kristian.
Malah para pengkaji Barat ini lebih intensif mengkaji dan mengaut segala ilmu
yang terdapat di kota ini.
 
Di sekitar pemerintahan Islam pada tahun 700 hingga akhir 900 Masihi, kota Cordoba
berkembang maju. Contohnya di zaman pemerintahan Abdul Rahman III, bilangan
masjid mencapai jumpah 600 buah, perpustakaannya sebanyak 70 buah, serta kedai-
kedai buku yang begitu banyak jumlahnya. Semua kemudahan ini adalah untuk pen-
duduknya yang berjumlah tidak sampai setengah juta. Selain pendatang-pendatang
dan penuntut-penuntut yang dahagakan ilmu dari seluruh dunia.
 
Di kota ini lengkap segala kemudahan seperti taman-taman indah, jalan raya yang
disinari lampu jalan, bangunan-bangunan indah, masjid-masjid yang juga dibina
dengan senibina yang menarik dan universiti- universiti yang terkenal di dunia.
 
Sebagai perbandingan, di kota Landon, 700 tahun kemudianpun tidak terdapat jalan
raya yang baik. Sementara di kota Paris, berabad-abad kemudian jalan rayanya
masih dipenuhi lumpur.
 
 
 
TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM DI CORDOBA
 
1. Al-Hakam - pemerintah yang sangat cintakan ilmu dan berusaha agar Universiti
Cordoba menjadi pusat ilmu dunia. Peruntukan kewangan secara besar-besaran
untuk membina sekolah-sekolah dan universiti-universiti.
 
2. Abu Bakar Bin Qutiyah dan Osman Bin Abu Said Al- Kanani -ulama dan bijak
pandai dalam bidang ilmu fiqah, sejarah dan ilmu fiqah Syafie.
 
3. Abbas Bin Fernas - seorang ahli sains yang dianggap orang pertama yang memi-
kirkan cara untuk manusia terbang di angkasa. Beliau juga mahir dalam bidang
kimia. Beliau orang pertama yang membuat kaca daripada batu.
 
4. Ibrahim Bin Yahya Al-Nuqasy - yang juga dikenali sebagai Azarchel - Beliau
adalah ulama terkenal dalam bidang falak. Beliau orang pertama berjaya menentu-
kan masa gerhana bulan, menentukan jarak antara cakrawala-cakrawala di langit,
contohnya antara matahari dengan bintang-bintang, dan jarak antara bulan dengan
bumi.
 
5. Ahmad Bin Iyas - terkenal dalam bidang perubatan khususnya Ilmu Farmasi.
Beliau adalah pengarang buku-buku perubatan yang bermutu tinggi seperti
Desquridas dan Jalinius yang menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar perubatan
hingga ke hari ini.
 
6. Banu Zahar, Abu Maruan dan Abu Al-Alla - juga terkenal sebagai ahli perubatan.
 
7. Ummul-Hasan - tokoh perubatan wanita yang terkenal dalam bidang penyakit
wanita.
 
Selain tokoh-tokoh di atas, terdapat ramai lagi ulama-ulama atau ilmuan Islam
yang mahir dalam bidang masing-masing.
 
 
 
SEJARAH HIDUP NABI-NABI
 
Kisah Nabi Adam A.S
 
Setelah Allah S.W.T menciptakan bumi dengan gunung-gunung, laut-lautannya
dan segala tumbuhannya serta cekerawalanya, mencipta para melaikat, maka
tibalah masanya dicipta makhluk untuk mendiami bumi dan menggunakan
segala isinya, mengelola kekayaan bumi, berkembang biak turun temurun, waris
mewarisi sepanjang masa yang ditakdirkan.
 
Apabila didengari khabar tersebut, para melaikat berasa bimbang ianya berpunca
bahawa golongan mereka telah lalai dalam menunaikan perintah Allah. Allah
S.W.T lalu berfirman untuk menolak tanggapan tersebut.
 
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui
hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptanya, dan
meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai
penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah S.W.T melarang hamba-
Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
 
Iblis Yang Sombong
 
Namun puak Iblis tetap membangkang dan enggan mengikut perintah Allah S.W.T itu.
Apabila Allah S.W.T bertanya kepada Iblis "Apakah yang menghalangmu bersujud
menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku? Adakah engkau
menganggap dirimu besar dan agung?"
 
Iblis lalu menjawabnya dengan sombong. "Aku adalah lebih mulia dan lebih
sempurna dari dia. Engkau telah ciptakan aku daripada api dan menciptakan dia
daripada lumpur."
 
Dengan kesombongan Iblis itu, lalu Allah S.W.T murka lalu mengusirnya dari syurga
dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat
hingga hari kiamat dan penghuni neraka jahanam.
 
Bermula saat itu Iblis berjanji dan mengancam akan menyesatkan Adam serta
keturunannya dengan memujuk mereka ke arah kesesatan.
 
 
Adam Menghuni Syurga
 
Adam diberi tempat oleh Allah S.W.T di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa
untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya. Di samping itu dapat
menghilangkan kesepiannya serta memenuhi fitrahnya untuk menurunkan keturunan.
 
Hawa telah dicipta oleh Allah daripada salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah
kiri. Ketika itu Adam sedang tidur. Apabila terjaga, ia melihat Hawa telah berada di
sampingnya.
 
Allah berpesan kepada Adam;
"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang melimpah-
ruah di dalamnya, nikmatilah buah-buahan lazat yang terdapat di dalamnya sekehendak
nafsumu. Kamu tidak akan mengalami rasa lapar, dahaga ataupun letih selama kamu
berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini
yang menyebabkan kamu celaka dan termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan sedaya upaya
memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga terlepaslah segala
kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini".
 
 
Muslihat Iblis
 
Ternyata Iblis yang derhaka kepada Allah itu menunaikan janjinya. Ia mula
merancang sesuatu agar Adam melanggar perintah Allah S.W.T. Ini didorong
oleh rasa dendamnya terhadap Adam yang menjadi punca kutukan Allah kepadanya.
Selain itu rasa irihatinya terhadap kebahagiaan Adam dan Hawa menikmati hidup
di syurga.
 
Iblis mula membisikkan pujukan-pujukan setelah menyakinkan Adam bahawa dia
adalah sahabat yang jujur. Dia membisikkan bahawa larangan Allah memakan
buah tersebut adalah kerana jika memakannya mereka akan menjelma menjadi
malaikat dan akan hidup kekal.
 
Diulang-ulangnya bisikan tersebut ditambah dengan kata-kata bahawa buah
pokok itu begitu harum, manis dan lazat rasanya sehingga Adam dan Hawa mulai
terpengaruh. Hingga akhirnya termakanlah pujukan Iblis itu dan dilanggarilah
perintah Allah itu.
 
Allah mencela perbuatan Adam dan Hawa tersebut lalu berfirman. "Tidakkah
Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan makan buahnya. Dan tidakkah
Aku telah ingatkan bahawa syaitan itu musuhmu yang nyata?"
 
Adam dan Hawa lantas sedar bahawa mereka sebenarnya telah melakukan
dosa yang sangat besar dengan melanggar perintah Allah S.W.T itu. Mereka
segera meminta ampun ke atas dosa yang telah dilakukan. Allah telah mene-
rima taubat Adam dan Hawa itu.
 
Adam dan Hawa Diturunkan ke Bumi
 
Setelah diampuni, Adam dan Hawa kembali tenteram. Mereka kembali mengha-
rapkan dapat hidup seterusnya di syurga. Tapi Allah telah menetapkan takdirnya
bahawa planet bumi yang telah dicipta dengan penuh dengan kekayaannya itu
harus diuruskan oleh Adam dan keturunannya.
 
Maka Allah S.W.T memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai keturunan
pertama makhluk bergelar manusia.
 
Berfirmanlah Allah kepada mereka;
 
"Turunlah kamu ke bumi. Sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang
lain, kamu dapat tinggal tetap dan hidup di sana sampai waktu yang telah ditentukan."