PANITIA BAHASA INGGERIS

(Kelolaan En Othman Hj Razali dan Cik Noor Mardiana Bt Mat Omar)

 

Kelemahan Pelajar Melayu Dalam Bahasa Inggeris

1. Latar belakang keluarga. Di mana ibu bapa murid tidak langsung menggunakan Bahasa Inggeris atau menggalakkan
penggunaan bahasa tersebut.
 
2. Malu menggunakan Bahasa Inggeris ketika komunikasi. Ini masalah lama bagi pelajar yang tinggal di pendalaman.
 
3. Perbendaharaan kata yang sangat lemah. Ini membataskan penguasaannya.
 
4. Tidak suka membaca buku berbahasa Inggeris kerana tidak faham. Tiada pula usaha untuk memahami kandungan
sesuatu buku.
 
5. Tidak menguasai nahu dan ejaan dalam Bahasa Inggeris.
 
 
Langkah Mengatasi
 
1. Berusaha membaca sekurang-kurangnya sebuah buku berbahasa Inggeris seminggu dengan berusaha memahami
isi kandungannya dengan bantuan kamus, bertanya kawan, guru, ibu bapa, kakak, abang atau sesiapa saja yang
boleh membantu.
 
2. Memupuk minat dengan cuba belajar Bahasa Inggeris secara seronok dan menghiburkan. Seperti melalui lagu,
komputer, dan sebagainya.
 
3. Mengikuti kelas tidak formal.
 
4. Bermula dengan menggunakan ayat-ayat mudah untuk komunikasi atau menulis cerita pendek, sajak, lirik lagu
atau sebagainya yang sesuai.
 
5. Wujudkan kumpulan kecil yang berminat untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka, kemudian
rancang aktiviti sendiri. Contohnya adakan pertandingan menulis karangan pendek, menterjemah bahan berbahasa
Melayu kepada Bahasa Inggeris, menulis cerita berdasarkan gambar dan aktiviti lain yang sesuai.
 
6. Sentiasa peka untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan.
 
7. Buang sifat malu dan rasa rendah diri terutama di segi sebutan sesuatu perkataan. (Ini memerlukan kekuatan
dirisecara semuala jadi, kesedaran akan kepentingan ilmu, atas pengalaman individu itu sendiri, dan yang terpenting
ialah perubahan paradigma masyarakat Melayu itu sendiri).
 
 
Bagaimana Guru Dapat Membantu?
 
Pembelajaran bahasa mestilah interaktif. Ini dapat dilakukan menerusi pembelajaran secara bersepadu, dimana murid-
murid belajar dalam sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai peranan yang tersendiri. Strategi pembelajaran
bahasa seperti ini boleh diaplikasikan melalui cara-cara berikut:
 
a. berbincang mengenai sesuatu petikan, karangan, tajuk dan sebagainya
 
b. menggunakan kamus dengan berkesan
 
c. buku skrap
 
d. lakonan
 
e. membaca berturutan (choral reading)
 
f. main peranan
 
g. pentomin
 
 
Kepentingan Bahasa Inggeris
 
1. Alat komunikasi antarabangsa.
 
2. Menjadi semakin penting dalam era globalisasi (dunia tanpa sempadan).
 
3. Bahasa Inggeris menguasai bidang penyampaian melalui internet. Dimana internet menjadi sumber ilmu, ekonomi
dan sosial nombor satu dewasa ini.
 
4. Dalam bidang pekerjaan, terutama swasta.
 
5. Menguasai dunia komputer. Ini bermakna mereka yang menguasai Bahasa Inggeris mempunyai kelebihan untuk
menguasai ilmu komputer yang pelbagai cabang.
 
6. Memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan terutama di segi pemindahan teknologi asing, terutama dengan terbinanya MSC.