2001
 
SKPMJ Johan Zon Padang Piol
 
Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok telah menunjukkan kewibaannya dalam
Kejohanan Bolajaring Peringkat Zon Padang Piol walaupun merupakan sekolah yang
paling kecil di kalangan sekolah Zon Padang Piol. Pertandingan telah diadakan pada
07 Februari yang lalu di Sekolah Kebangsaan Padang Piol.
 
Pada perlawanan akhir SKPMJ telah menewaskan SK Padang Piol dengan mata yang
tipis iaitu 10 berbalas 9. Di mana tahun ini SKPMJ mendapat tentangan sengit daripada pasukan-pasukan yang bertanding berbanding tahun sebelumnya.
 
Di peringkat separuh akhir, SKPMJ telah menewaskan SK Teh dengan mata 23
berbalas 14. Kejayaan ke perlawanan akhir memang telah dijangka oleh SKPMJ,
tetapi kejayaan di perlawanan akhir lebih bergantung kepada pengalaman pemain
musim lepas.
 
Tahniah kepada Pengurus Pasukan Cikgu Norbaini dan Jurulatih Cikgu Zainun Zati.
Diharap persediaan untuk tahun depan telah dirancang.
 
 
SKPMJ Ke 3 Peringkat Daerah
 
Setelah menjadi Johan peringkat Zon yang lalu. SKPMJ telah mewakili Zon Padang Piol
pada kejohanan bolajaring peringkat daerah. Kejohanan tersebut telah diadakan di SMR
Jerantut pada 13 Februari yang lalu.
 
Pasukan SKPMJ telah menunjukkan permainan yang baik dan bersemangat, namun
terdapat pasukan zon lain yang lebih handal. Dalam usaha ke akhir, pasukan SKPMJ
telah tewas di tangan pasukan Damak B, 18 berbalas 24.
 
Namun berjaya menebus kehampaan apabila berjaya bagi perlawanan tempat ke 3 dengan menewaskan pasukan Zon Damak B dengan mata 24 berbalas 14.
 
 
SKPMJ Tuanrumah Pertandingan Tilawah, Bercerita dan Tahfiz
 
SKPMJ telah dipilih menjadi tuanrumah Pertandingan Tilawah, Bercerita dan Tahfiz
Peringkat Zon Padang Piol yang telah diadakan pada 20 Mac 2001 yang lalu. Walaupun
sebagai pengganti kepada tuanrumah yang asal iaitu SK Tanah Rom yang tidak dapat menganjurkannya atas sebab tertentu, warga SKPMJ dengan pimpinan Tuan Guru Besar
Encik Mohd Said Bin Hassan telah bersedia dengan sepenuhnya bagi menjayakan pertan-
dingan tersebut.
 
Dalam bahagian Tilawah Johan Lelaki ialah Hasbullah Bin Mat Isa dari SK Sungai Retang. Sementara Johan Perempuan ialah Nurul Amalina Binti Aznan dari SK Padang Piol.
 
Bagi kategori Bercerita pula, Johan Lelaki ialah Wan Abdul Muin Bin Yusuf dari SK Teh.
Sementara Johan Perempuan ialah Nurmatulaiza Binti Mohd Asim dari SK Bukit Dinding.
 
Kategori Tahfiz pula, Johan Lelaki ialah wakil SKPMJ iaitu Muhsin Bin Mustafa.
Sementara Johan Perempuan ialah Nur Zakiah Binti Zainuddin dari SK Padang Piol.
 
Menurut Pengerusi Jemaah Hakim Encik Mustaffa Bin Mohd Lazim, pertandingan kali
ini telah dapat mencungkil bakat besar di bidang bercerita bahagian perempuan iaitu
Nurmatulaiza Binti Mohd Asim dari SK Bulit Dinding yang masih di Tahun Tiga.
 
Semua hadiah telah disampaikan oleh Penyelia Sekolah Rendah PPD Jerantut
Encik Shahidan Bin Abd Hamid.
 
[Sila klik untuk Keputusan Penuh]
 
 
Gotong-Royong Bersama Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Jerantut
 
Baru-baru ini satu gotong-royong telah diadakan di SKPMJ bersama anggota-anggota
Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Jerantut. Mereka bersama warga SKPMJ telah
membaiki pondok menunggu bas yang digunakan oleh murid-murid dari Kampung Lada.
 
Selain dapat bersama-sama meringankan kerja membaiki pondok tersebut, ahli-ahli
persatuan berkenaan dapat pula beramah mesra dengan warga SKPMJ. Ternyata program
sebegini mempunyai manfaat besar dan perlu digalakkan.
 
 
SKPMJ Naib Johan Pertandingan Nyanyian dan Gerakan Pra Sekolah
 
SKPMJ telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Nyanyian dan Gerakan
Pra Sekolah Daerah Jerantut Tahun 2001 yang diadakan di SK Pawang Nong pada
10 Mei yang lalu.
 
SKPMJ hanya tewas tipis kepada SK Teh yang menjadi johan dalam pertandingan tersebut.
Walau bagaimana pun SKPMJ tidak kecewa dan tetap merasakan ianya satu kejayaan besar
bagi sebuah sekolah kecil.
 
Dalam pertandingan tersebut wakil Pra Sekolah SKPMJ telah membawakan lagu "Kasihan
kau burung" dengan penyanyi utamanya adik Shahirah dan Dian Afifah. Mereka diiringi oleh
gerakan lima orang lagi rakan pra sekolah mereka.
 
 
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
 
Pada 17 Mei lalu SKPMJ telah menjadi lebih ceria dengan acara-acara menarik sempena
sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk membaca perutusan daripada Menteri Pendidikan yang telah disampaikan oleh GPK Kurikulum
Encik Md Basir Bin Ramli. Sementara perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan di-
sampaikan oleh GPK Kokurikulum Encik Mohamad Zaim Bin Mohd Hassan.
 
Selepas itu pelbagai acara diadakan dengan dikelolakan oleh pengacara berbakat Cikgu Noor Mardiana. Setiap murid yang menunjukkan bakat telah diberikan hadiah yang telah disediakan
oleh pihak guru.
 
Antara persembahan pelajar pada hari itu ialah, bacaan sajak, pantun, nyanyian ramai, nyayian
solo dan meneka anggota badan harimau oleh guru-guru terpilih yang dikelolakan oleh murid
Tahun Enam.
 
 
Ucapan Tahniah!!
 
Seluruh warga SKPMJ ingin mengucapkan TAHNIAH kepada dua orang warga SKPMJ
yang mendapat cahaya mata baru. Mereka ialah Pembantu Pra yang sangat disayangi oleh
'anak pra'nya iaitu Puan Sharifah dan Cikgu Wan Nor Maziah 'emak' kesayangan Tahun Enam.
 
Syukur segalanya selamat. Semoga kehadiran 'orang baru' akan menambahkan keceriaan
dan kebahagian keluarga anda berdua!