PANITIA MATEMATIK

 
Dikeleolakan oleh Pn Wan Nor Maziah Bt Wan Ahmad
 
 
 
 
Langkah Meningkatkan Prestasi Calon UPSR
 
* Banyakkan latihan sendiri di rumah dan secara konsisten.
 
* Beri tumpuan kepada Kertas II, ini banyak membantu untuk memperolehi
markah yang baik.
* Wujudkan kumpulan perbincangan yang sesuai dan berdaya gerak. Di
sini sebarang masalah dapat dibincangkan secara bersama. Pelajar lemah
dan cemerlang saling mendapat manfaat.
 
* Menjawab dan mengkaji soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas bagi
memahami dan memahirkan diri dengan soalan beraras tinggi. Pastikan
soalan tersebut dijawab dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
 
* Mengenal pasti bidang-bidang kelemahan diri sendiri dengan membuat
analisa sendiri setiap kali selepas ujian diadakan.
 
* Memberi tumpuan kepada bidang kelemahan yang telah berjaya dikesan,
dengan cara memperbanyakkan latihan bahagian yang lemah tersebut,
lebih daripada bahagian yang cemerlang.
 
* Biasakan bertanya guru berkenaan bila menghadapi masalah pembelajaran.
Matematik adalah mata pelajaran dimana murid memang perlu bertanya
bagi mengatasi masalah tertentu. Perkara ini lebih menonjol dibandingkan
mata pelajaran lain.
Murid yang tidak bersedia berbuat demikian akan menambah koleksi masalah
ketidak fahamannya dalam mata pelajaran ini. Ini akan membawa kepada
kegagalan dalam peperiksaan
 
* Pupuk minat terhadap mata pelajaran ini. Latih diri agar sentiasa ingin cabaran
dalam menyelesaikan masalah matematik. Cuba setiap hari selesaikan satu atau
dua soalan sukar tanpa arahan guru. Kepuasan akan dapat dirasakan jika kita
dapat menyelesaikannya. Apa yang murid harus tahu ialah, tahap kepuasan
akan lebih tinggi bila soalan yang dijawab adalah lebih sukar. Tidak secara
langsung motivasi diri akan terbina.