Pemandangan Hadapan Sekolah
 
 
Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang
Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan
jalan ke Taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai
Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa'
kepada pemancing dan penggemar ikan sungai.
 
SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 15 guru dan kakitangan
serta lebih kurang 160 orang murid. Bagaimanapun 'kecil-kecil cili padi'. Ini telah
terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan
ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama
semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra
antara staf.
 
Pembikinan Laman Web SK Pulau Mansok ini adalah percubaan pertama ke
arah membina laman web yang lebih berkualiti dan canggih di masa depan.
Mungkin hasrat itu akan tercapai jika ada guru-guru yang berminat dan
merupakan 'web master' yang lebih pakar dalam bidang HTML.
 
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah
atas kerjasama menjayakan laman web ini. Penghargaan juga kepada
Penyelaras PKG Bandar Jerantut, En Mohd Asziri Bin Mohamad yang
banyak membantu.
 
Semoga Laman Web SKPMJ ini terus 'hidup' dengan penambahan
elemen-elemen seperti kandungan baru, muzik latar dan grafik, InsyaAllah.
 
Sebarang komen dan pendapat pengunjung budiman bolehlah catatkan dalam
Buku Lawatan, terus e-mel sekolah atau e-mel saya:
Terima kasih.