-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Panduan
ini ditujukan khas kepada bakal pengguna dan pengguna
baru yang
jumlahnya
- agak besar.
Namun ruangan yang sedia ada dalam media ataupun internet, tidak mereka
- fahami
kerana lebih sesuai kepada yang telah mahir. Terima kasih.
-
-
- Tajuk Perbincangan:
-
- 1. Kepentingan
Komputer.
- 2. Bimbingan
Membeli
- 3. Panduan
Menggunakannya
- 4. Tip Tambahan
- 5. Istilah-Istilah
-
- Apa
Pentingnya Komputer ?
-
- Mungkin anda
telah mempunyai sebuah PC, tapi adakah penggunaannya mencapai tahap
- maksimun? Atau
PC anda lebih banyak tidur ? Jika ingin menyenaraikan kegunaan komputer
- sepenuhnya,
adalah terlalu banyak
dan meliputi bidang-bidang tertentu pula. Namun antara
- faedah
yang boleh diperolehi
melalui "benda alah" ini
ialah:
-
- 1. Anda boleh
menulis sebarang kerja yang bersesuaian, biasanya dengan
MS Word.
- 2. Membina jadual,
himpunan markah, pengiraan, dan sebagainya, pelajarilah
dengan
- mendalam MS
Excel.
- 3. Permainan
yang meliputi jenis pendidikan, sukan dan aksi.
- 4. Nonton filem
dalam bentuk VCD
- 5. Belajar atau
dengar lagu-lagu melalui CD
- 6. Membina sesuatu
program untuk pembelajaran dengan menggunakan MS Power Point
- atau MS Acces
- 7. Menyimpan
data peribadi, keluarga,ataupun kelab.
- 8. Membuat poster,
sepanduk, blok perkataan, pelbagai jenis kad, kelendar
dan sebagainya.
- 9. Sebenarnya
penggunaan komputer secara lebih kompetitif dewasa ini tidak
dapat lari daripada
- menyentuh dunia
internet.Di bawah berupa beberapa senarai pendek kegunaan internet:
- a. berhubung
melalui e-mail, 'chat', dan e-mail bersuara, ianya menjimatkan
- b. mendapatkan
pelbagai jenis ilmu di pelbagai jenis laman web
- c. bina laman
web sendiri
- d. beli barang,
contohnya peralatan komputer
- e. iklankan
barangan atau perkhidmatan sendiri (dah ada iklan nasi lemak
di internet)
- f. sudah ada
perkhidmatan pembayaran bil letrik, air dan telefon melalui
internet di Malaysia
- g. terdapat
kandungan berita yang pelbagai tanpa perlu membeli akhbar
- h. menambah
kenalan dalam dunia siber
- i. hiburan,
dalam bentuk muzik, maupun filem
- j. permainan
dalam bentuk pendidikan, perlumbaan dan aksi yang pelbagai
pula jenisnya
- dengan pelbagai
jenama.
-
- Sebenarnya banyak
lagi yang tidak dinyatakan. Bagi tujuan negatif memang
diluar perbincangan
kita.
- Orang yang gunakan
PCnya untuk tujuan jahat, sebenarnya khianat kepada Allah yang
anugerahkan
- otak untuk berfikir.
-
-
-
-
- Bimbingan
Membeli
-
- 1. Kenal pasti
terlebih dahulu apa kegunaan PC yang bakal dibeli. Ini kerana
ianya mempengaruhi
- PC yang sesuai
dengan tahap penggunaan. Bagi pengguna biasa, tidak perlulah membeli Windows
- 2000. Walau
bagaimana pun
PC yang dilengkapi Multimedia sekarang ini boleh meliputi sebarang
- tugas yang diperlukan
oleh pengguna biasa.
-
- 2. PC yang biasa
dan hangat di pasaran sekarang ini ialah berasaskan pemproses
Intel(r) Pentium III.
- Kemudian pilihlah
kelajuan yang diinginkan sama ada 450 MHz (Megahertz) atau lebih hingga
- mencapai sekurang-kurangnya
733 MHz. Walau bagaimanapun
pemproses Celeron dengan MHz
- yang sesuai
juga boleh dipercayai,
malah mungkin lebih baik.
-
- 3. Pastikan
juga RAM yang sesuai, dicadangkan sekurang-kurangnya 64MB.
-
- 4. Pastikan
semua program utama dan penting dimasukkan, selain program
tambahan seperti
- Adobe PageMail,
Authowear dan sebagainya.
-
- 5. Tentukan
sendiri jenis antivirus yang dikehendaki. Di sini disyorkan
Norton.
- 6. Anda boleh
juga memilih kedai yang menawarkan sedia pendaftaran internet. Asalkan kelebihan
- itu tidak menghapuskan
kelebihan lain yang sepatutnya.
- 7. Sebaik-baiknya
belilah perisian yang asli bagi semua perkara. Kalau ada
satu dua yang 'celup',
- itu adatlah
sebagai penambah.
-
- 8. Buat perbandingan
tawaran-tawaran yang anda perolehi. Biar letih dahulu
daripada 'letih'
kemudian.
-
- 9. Sering berlaku
setelah PC terjual, perkhidmatan selepas jualan begitu
menghampakan. Jangan
- bosan hubungi
pengurusan berkenaan. Kalau terpaksa sertakan sedikit ugutan 'sunat'.
-
- 10. Pastikan
ada kad jaminan. Selain pastikan casing yang baru, isi
perutnya juga mesti
baru.
- Jangan tertipu
dengan casing yang berkilat.
-
- 11. Akhir sekali,
bawalah orang yang agak mahir dan boleh dipercayai bagi membantu sekurang-
- kurangnya agar
tidak ditipu "bulat-bulat".
-
-
-
-
-
- Panduan
Menggunakannya
-
- 1. Letak komputer
anda dalam jarak yang agak jauh dari dinding. Ini bertujuan agar
peredaran
- udara sentiasa
berlaku.
-
- 2. Tempatkan
PC anda seboleh-bolehnya di tampat yang agak dingin antara 10 hingga 35 darjah
C.
-
- 3. Elakkan juga
tempat(bilik) yang mempunyai kelembapan yang tinggi.
-
- 4. Elakkan juga
hampir dengan alatan letrik yang lain. Ini untuk mengelakkan
berlakunya elektro magnet.
-
- 5. Biasakan
diri membuka dan menutup PC anda mengikut peraturan. Ini bermakna langkah
pertama
- ialah buka suiz
punca letrik, CPU, kemudian monitor. Bagi menutup, ikut langkah
tadi secara
- mengundur di
mana diakhiri dengan menutup punca letrik. Satu perkara lagi,
proses Shut
- Down mesti juga
betul. Tiada kompromi tentang itu. Kerana proses Shut
Down yang sering
salah
- memungkinkan
hard disk rosak. Nanti anda juga yang "over budget".
-
- 6. Jangan minum
atau makan semasa berhadapan dengan PC anda. Tabiat tersebut boleh menimbulkan
- pelbagai kesan
kepada komponen PC
anda.Tentu ada tempat makan yng lebih baik selain depan PC kan?
-
- 7. Jangan cuba
membaiki sebarang komponen PC anda jika ilmu belum cukup. Takut nanti "Seperti
tikus
- membaiki labu".
Setakat yang rosak labu
tak apa lagi, harga CPU anda?
-
- 8. Akhir sekali
rajin-rajinlah membaca dan bertanya untuk memahirkan diri agar bukan saja
penggunaan
- PC anda ke tahap
maksima, tapi juga sentiasa
selamat daripada sebarang kerosakan. Ingat, membazir itu
- pekerjaan syaitan....
-
-
-
- Tip
Tambahan
-
- 1. Ramai yang
tidak menggunakan kemudahan keybord shortcut semasa
menggunakan komputer
mereka.
- Contohnya untuk
simpan(save), tekan serentak Ctrl + S. Contoh lain
ialah untuk Bold - tekan serentak Ctrl + B.
- Sebenarnya ada
lagi keybord shortcut yang lebih berfaedah, bolehlah
lihat di Menu Bar.
Jika anda klik sekali
- (contohnya File),
di hujung perkatan Open
atau Close tersebut terdapat panduan keybord sortcutnya.Untuk
- tambahan shortcut
yang ada kat Menu Bar tu bolehlah tanya rakan yang tahu atau e-mail saya.
-
- 2. Buka folder
baru (kepada yang tak tahu) - Klik kanan tetikus. Klik
New, pada
Folder, klik New Folder.
- Taipkan nama
folder baru tersebut kat desktop dan ianya sudah boleh disikan dengan fail-fail
yang diingini.
-
- 3. Ketika melayari
internet anda mungkin ingin menyimpan gambar-gambar tertentu. Caranya buka
folder baru.
- Klik kanan
tetikus pada gambar yang ingin disimpan. Kemudian klik Save Picture As
sebelah kiri tetikus.
- Lepas
tu save aje
ke dalam folder baru yang telah dinamakan tadi. Kemudian
bolehlah cari gambar-gambar
lain
- (yang halal)
dan simpan dalam folder yang sama.
- 4. Anda mungkin
teringin nak gunakan kemudahan chat dalam internet yang
banyak disediakan.
Tapi pendapat
- saya, lebih
baik anda terus aje pindah turun (download) kemudahan messenger yang banyak
terdapat di internet,
- contohnya Yahoo
Messenger. Perkhidmatan jenis ini lebih meluas dan berguna dalam kehidupan
sehari-hari dan
- bukan hanya
untuk 'chating'.
-
- 5. Untuk tukar
alamat pertama laman web dalam IE. Pergi kepada Internet
Explorer (IE). Klik
View, pilih Internet
- Options. Pada
rungan address, taip lah
laman web baru pilihan anda. Contohnya, tm.net.my atau
yahoo.com
- Setelah itu
klik Apply dan OK saja.
-
- Catatan: Ruangan ini akan sentiasa
ditambah bahan yang baru, di masa
- akan datang,
InsyaAllah.
-
-
- Istilah-Istilah
-
- 1. CPU
- Central Processing Unit ( Unit Pemprosesan Pusat).
- 2. CD ROM
- Compact Disk Read Only Memory - sejenis ingatan dalam
cakera padat yang
telah ada maklumat
- tertentu dalamnya.
Maklumat itu tidak
boleh dipadam, diubahsuai,atau dihapuskan. Ianya juga hanya
- untuk dibaca.
Tidak boleh tulis perkara baru atau disimpan dalamnya.
- 3. RAM
- Rendom Access Memory - sejenis alat ingatan yang digunakan
menyimpan aturcara-aturcara
dalam PC.
- 4. Modem
- adalah akronim kepada Modulator dan Demodulator.
Diguna untuk menghubungkan PC anda kepada
- ISP dan seterusnya
ke dunia internet.
- 5. ISP
- Internet Service Provider. Di Malaysia ada 3 ISP yang aktif
iaitu TM
NET, Jaring dan Maxis. ISP inilah yang bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan internet kepada kita - bagus atau sebaliknya,( selain
faktor keupayaan
- komponen PC
kita sendiri). Sebagai makluman, Singapura mempunyai hampir 10 ISP!
- 6. MS DOS - Microsoft - Disk Operating
System. Perisian sistem yang mengendalikan fail dalam cakera.
-
-
-
- Sebarang masalah
boleh e-mail kepada saya nian64@hotmail.com atau:
- En. Asziri Mohamad
( damak64@hotmail.com)
- En. Aziz Zainal
( azizal@yahoo.com )
-
-
-
-
-
- Komputer
dan Internet dalam Dunia Kanak-kanak
-
- Komputer dan
internet telah dengan cepatnya menguasai kehidupan kanak-kanak di seluruh
dunia.
- Sambil kita
mengakui dan bersetuju dengan faedah yang boleh mereka perolehi, langkah-langkah
ter-
- tentu perlu
pula diambil. Ini kerana terdapat unsur-unsur negatif
yang boleh merosakkan
tertutama
- apabila melayari
internet.
-
- Rencana pendek
ini cuba menerangkan secara ringkas faedah, bahaya, dan perisian pelindung kepada
- kepada kanak-kanak.
Juga disenaraikan
beberapa laman web khusus untuk kanak-kanak.
-
- Faedah Internet Kepada Kanak-kanak
-
- * Pendidikan
- melalui laman web, berita, ensaiklopedia, kamus
- cerita dan lain-lain.
-
- * Komunikasi
- e-mel, 'chat', dan e-kad
-
- * Perdagangan
- jual beli buku, iklan dan sebagainya
-
- * Hiburan -
permainan, muzik, cerita, video, dan lain-lain
-
-
-
- Kemungkinan Bahaya Yang Timbul
-
- * Melayari
laman-laman berunsur sex, keganasan dan ajaran sesat.
-
- * Maklumat-maklumat
palsu.
-
- * Laman-laman
yang berbentuk memujuk melakukan jenayah seperti
membuat bom.
-
- *
Menggunakan nombor kad kredit ibu bapa.
-
- *
Terdedah kepada penipuan melaui e-mel atau 'chat'.
-
- *
Mengadakan pertemuan dengan orang yang dikenali melalui dunia siber yang mungkin mencari mangsa.
-
- *
Memberikan data peribadi kepada orang tak dikenali.
-
-
- Langkah-langkah Mengatasi
-
- * Menyekat laman-laman yang tidak sesuai
dengan menggunakan perisian khas.
-
- * Sentiasa memantau penggunaannya oleh
anak-anak.
-
- * Menetapkan masa dan tempoh masa tertentu
dengan tegas.
-
- * Syorkan laman-laman web yang sesuai
untuk mereka layari.
-
- * Sentiasa tegaskan pada mereka mempelajari
ilmu komputer yang begitu luas itu
jauh lebih
- baik dibandingkan untuk hiburan.
Ini mengelakkan pembaziran tanpa manfaat.
-
- * Sediakan peraturan-peraturan tertentu
yang mesti dipatuhi apabila menggunakan
komputer dan
- melayari internet
-
-
-
- Perisian-Perisian Yang Boleh
Membantu Sebagai Penyekat
- ke Laman-laman Negatif
-
- CyberSitter
- NetNanny
- Safe Access
- The Cyber Angels Security Software
- Internet4Families
- Cyber Patrol
- The Internet Filter
- X-Stop
-
-
- Kemampuan Perisian-Perisian Ini
Antaranya:
-
- * Menyekat maklumat yang tidak sesuai
untuk kanak-kanak.
- * Menghadkan masa anak-anak menggunakan
internet.