PANITIA SAINS
 
Diselenggarakan oleh Ketua Panitia Puan Norma Binti Mohd Akhir.
 
Aspek Yang Dinilai Dalam KBSR Mata Pelajaran Sains
 
Pengetahuan:
 
* Mengingat semula
* Kefahaman
* Aplikasi
* Analisis
* Sintesis
* Penilaian
 
Kemahiran Saintifik
 
Kemahiran Proses Sains
 
* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinasikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
 
Kemahiran Manipulatif
 
* Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
* Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat.
* Membersihkan peralatan sains dengan betul dan cermat.
* Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
 
Kemahiran Berfikir (KBKK)
 
Pemikiran Kritis
 
* Mencirikan
* Membanding dan membeza
* Mengumpul dan mengelas
* Membuat urutan
* Menyusun mengikut keutamaan.
* Menganalisis
* Menilai
* Membuat kesimpulan
 
Pemikiran Kreatif
 
* Menjana idea
* Membuat inferens
* Menghubung kait
* Membuat hipotesis
* Meramal
* Membuat gambaran mental
* Menganalogi
* Mereka cipta
 
ISTILAH PENTING YANG PERLU DIFAHAMI DALAM MATA PELAJARAN SAINS
 
01. Pemerhatian
Apa yang dilihat dan diperhatikan.
 
02. Inferens
Pemerhatian - Apa yang berlaku + Mengapa ia berlaku
Pemerhatian + Sebab - menghubungkan pemerhatian dengan sebab Sebab mestilah baik atau betul.
 
03. Pembolehubah : Perkara-perkara yang mempengaruhi keputusan/hasil.
Pembolehubah yang dimalarkan : Yang ditetapkan/sama/tidak mempengaruhi keputusan.
Pembolehubah dimanipulasikan : Perkara yang berubah-ubah/tidak bersandar/perkara yang mem-
pengaruhi keputusan.
Pembolehubah yang bergerakbalas : bersandar/hasil/keputusan Menyatakan pembolehubah mesti
ada ukuran (parameter)/ciri/bentuk.
 
04. Hipotesis :
a) menyatakan hubungan/kesan di antara dua pembolehubah
b) menyatakan kesan pembolehubah bersandar kepada pembolehubah tidak bersandar
c) tidak perlu menyatakan pembolehubah yang dimalarkan
 
Perkatan yang digunakan :
semakin - semakin, jika - maka, sekiranya - maka, jikalau - maka
 
05. Kesimpulan :
a) menyatakan fakta /keadaan sebenarnya
b) penegasan kepada hipotesis
c) nyatakan dua pembolehubah dan kesan perubahan yang benar
 
06. Hubungan :
Pernyataan hipotesis /kesimpulan yang tepat dan spesifik melibatkan hubungan dua pembolehubah.
 
07. Tujuan :
Menyiasat/mengkaji/mengenalpasti hubungan antara dua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar.
 
08. Meramal :
Menyatakan perkara yang akan berlaku berdasar pola/corak/pengalaman.
 
09. Pola/corak : Gunakan perkataan; menurun, menaik, mendatar, meningkat, sama, berkurangan, cepat,
lambat, besar dan tinggi.