Pada tahun 1952, keadaan darurat mencengkam seluruh negara. Ini melibatkan Kampung Pulau Mansok di mana para penduduknya dikumpulkan setempat bagi tujuan keselamatan.
 
Keadaan tersebut menyebabkan terbantutnya persekolahan kanak-kanak di kampung tersebut. Ini telah menimbulkan cadangan pembinaan sebuah sekolah rakyat. Ketua kampung iaitu En Khatib Jaafar B Mat Yasin bersama anak buah dan dibantu oleh menantunya Imam Mat Yasin B Lembik berusaha agar cita-cita tersebut tercapai. Akhirnya rancangan tersebut telah disokong dan bantuan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Ismail B Tengku Mohamad, Pegawai Daerah Lipis.
 
Pada Jun 1954 terbinalah sebuah sekolah rakyat di kampung Pulau Mansok di atas tapaknya yang berupa tanah kepunyaan ketua kampung sendiri. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Umum Pulau Mansok yang terletak berhampiran Sungai Pahang.
 
Guru pertama yang mengajar di sekolah tersebut ialah Puan Zariah Bt Abd Rahman. Beliau dilantik oleh penduduk, tetapi kemudiannya telah diserapkan ke jawatan kerajaan. Pada tahun 1959, beliau telah digantikan oleh En Mohd Amin B Bakar yang juga dilantik sebagai Guru Besar.
 
Pada tahun 1965 Ahli Jemaah Pengurus Sekolah telah mendesak Pejabat Pelajaran Negeri Pahang mendirikan sebuah sekolah baru yang lebih selesa. Akhirnya pada tahun 1968, bangunan Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok didirikan. Pada 1980 bangunan tambahan baru dibina. Ketika itu juga semua kemudahan asas disediakan seperti jalan raya dan pengangkutan bas.
 
Senarai Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok:
 
01. Puan Zariah Binti Abdul Rahman
02. Tuan Haji Mat Amin Bin Hj Bakar
03. En Baharudin Bin Imam Dali
04. En Ismail Bin Mat
05. Tuan Haji Ahmad Bin Haji Pilus
06. En Abu Bakar Bin Hassan, PJK
07. En Jasni Bin Saad
08. En Wan Jehari Bin Wan Ismail
09. En Abdul Malek Bin MD Adam
10. En Mohd Said Bin Hassan