Main askar
 
Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain askar-askar.Seorang daripadanya
mengarahkan sesuatu kepada seorangyang lain. "Sarjan! Arahkan pasukan kita
bergerak sekarang!" Balas rakannya itu, "Baiklah konstabel!"
 
 
"Sipi tuan!"
 
Sepasukan pelatih tentera sedang berlatih menembak di padang sasar. Selepas
latihan menembak selama sejam itu, jurulatih yang berang memanggil seorang
pelatihnya yang lurus bendul. " Gunu, apa yang kamu boleh buat?" " Semua
tembakan kamu tidak mengenai sasaran!" Tempiknya.
 
"Saya dah cuba sebaik mungkin tuan!" Jawab Gunu dengan bersemangat. " Huhh,
jika macam ni lebih baik kamu pergi ke belakang sana, kemudian tembak saja
kepala kamu !" Tengking Si Jurulatih yang hilang sabar.
 
Tidak lama kemudian tiba-tiba terdengar bunyi tembakan yang mengejutkan
semua orang. Wajah Si Jurulatih pucat lesi. Tak lama selepas itu datang Si Gunu
tergesa-gesa. " Sipi tuan !" Kata Gunu yang malang itu.
 
 
 
Ada Emas
 
Seorang peladang menghebohkan kepada penduduk kampung ada
banyak emas di belakang rumahnya yang penuh semak samun.
 
Keesokannya ramailah orang kampung datang. Merasakan rancangan-nya
telah berjaya, Si Peladang berhelah bahawa dia hendak ke bandar membawa
pembeli emas-emas itu nanti.
 
Setelah petang barulah Si Peladang pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya
bila melihat, bukan sahaja belakang rumahnya yang terang langgang. Tapi bayang
rumahnya sendiri lesap! " Orang kampung tak jumpa emas di belakang rumah
kamu, tapi di tapak rumah kamu," terang jirannya dengan bersungguh-sungguh.
Dah tentu Si Peladang menyesal.
 

Gigi Emas

Di satu majlis, empat wanita pertengahan umur sedang berbual-bual. Sambil berbual
tu mereka beraksi agar tertayang barang perhiasan di tubuh masing-masing dengan
tidak secara langsung.
 
Walau bagaimanapun seorang daripada mereka senyap aje tanpa sepatah kata sejak tadi.
Tiga rakannya mula faham kerana tidak langsung nampak perhiasan emas pada Si F ni.
Namun seorang daripada mereka cuba menegur Si F. " Hai F, senyap aje dari tadi ?"
 
Tiada jawapan daripada Si F. Cuma tersenyum lebar hingga hampir semua gigi
emasnya kelihatan!!
 
 
Main di padang !!
 
Seorang guru yang berang dengan kebisingan di sebuah kelas Tahun Satu, memarahi
murid-murid tersebut. " Hoi!! kalau nak main pergi ke padang!"
 
Selepas perkataan terakhir diucapkan oleh guru itu, semua murid di kelas tersebut
segera keluar ke padang dengan riangnya.
 
Si Guru tak sempat lagi memanggil. Beliau hanya terpinga-pinga
dan tersenyum sendiri.
 
 
Takut hantu
 
Seorang lelaki Eropah begitu takutkan hantu. Dia merasakan satu hari dia akan
mati dibunuh hantu. Ketakutannya terhadap hantu begitu teruk terutama
di waktu malam.
 
Atas nasihat seorang ahli nujum yang juga pakar alam mistik yang ditemuinya,
setiap kali tidur beliau meletakkan seulas bawang putih dalam mulutnya.
 
Malangnya beliau hanya sempat mengamalkan nasihat tersebut selama seminggu saja.
Suatu pagi beliau ditemui mati tercekik seulas bawang putih.
 
 
Mati
 
Di kedai kopi Kampung Gedebuk pagi itu heboh dengan berita yang dibawa oleh
Dolah Kaduk. Masing-masing macam tak percaya bahawa Pak Kasim penjual
ikan, mati!
 
Berita tersebut dengan cepat merebak walaupun ada yang meragui cakap
Dolah Kaduk yang selalu buat kecoh. Tapi orang yang mendengar daripada mulut
Dolah Kaduk sendiri memang percaya betul melihat kesungguhan Dolah beri-
tahu mereka, " Pak Kasim penjual ikan dah mati !!"
 
Waktu hampir tengah hari, persoalan terjawab. Kelihatan Pak Kasim dengan
motosikalnya rancak menjual ikan seperti biasa, sambil menyanyi-nyanyi lagi!
 
Petangnya di kedai kopi merangkap pusat 'media' Kampung Gedebuk yang sentiasa
meriah itu, orang-orang kampung menyerbu Dolah Kaduk seperti wartawan
akhbar menyerbu wakil rakyat.
 
Setelah suasana agak tenang, Dolah Kaduk berkata sambil tersengih-sengih,
" Mana pulak aku membohong !" " Memang selama ini Pak Kasim penjual ikan mati,
ikan-ikan yang dia jual tu memang dah lama mati!!" " Tak betul ke ?? "
 
TUNGGUUUUU...!!!