Analisa UPSR 1995 - 2000 dan
Maklumat Guru dan Murid 2001
Sila klik di bawah.
analisa upsr 1995 hingga 2000
maklumat guru dan enrolmen murid 2001
 
 
 

 

RHB Sumbang Komputer

Setelah berpuluh surat rayuan meminta disumbangkan komputer bagi projek pusat sumber
sekolah dihantar oleh Guru Besar kepada pihak swasta, akhirnya pihak bank RHB telah
sudi menyumbangkan sebuah komputer.
 
Sumbangan ini ternyata besar maknanya kepada pihak sekolah demi merealitikan hasrat
mengadakan kelas komputer kepada semua murid sekolah ini.
 
Namun usaha terpaksa diteruskan kerana masalah kekurangan komputer bagi mewujudkan
kelas tersebut masih jauh daripada penyelesaian. Pihak sekolah hanya mempunyai dua buah
komputer yang digunakan sepenuhnya untuk pentadbiran.
 
Walau bagaimanapun sumbangan pihak RHB ini berupa pemangkin ke arah pencapaian
hasrat itu. Terima kasih RHB!
 
 
SK Pulau Mansok dalam Projek SOL
 
Sekolah ini kini menuju ke arah konsep pembelajarn Sekolah Bestari apabila dimasukkan
bersama 36 buah sekolah lain di seluruh negara dalam projek Sekolah Online (SOL).
 
Sekolah terbabit dengan projek ini merupakan sekolah Exco Majlis Guru Besar Malaysia
(GMGBM). Guru Besar Encik Mohd Said B. Hassan merupakan salah seorang exco terbabit.
 
Projek SOL ini berkonsepkan e-pendidikan yang menyediakan sekolah, pelajar dan guru
ke arah Sekolah Bestari. Pihak lain yang terbabit dengan projek ini ialah Telekom Malaysia,
Microsoft Malaysia, UBM dan Malaysian Information Technology Bhd (MITB) yang
menyumbang melalui kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan masing-masing.
 
Bagi tujuan tersebut juga lima orang guru sekolah terbabit akan menjalani kursus yang berkaitan.

 

Hari Anugerah

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok telah diadakan dengan
jayanya pada 06 November 2000 hari Isnin yang lalu.
 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong PPD Jerantut Encik Mohamad Said B. Tairan.
Beliau juga telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya dalam bidang
akademik dan kokurikulum.
 
Majlis telah diserikan oleh persembahan murid Pra Sekolah, murid-murid tahap 1 dan 2 di
bawah seliaan Cikgu Noor Mardiana Omar dan Cikgu Fadhilah Abdul Manan.
 
 
 
Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2000
 
Mesyuarat Agung PIBG tahun ini telah berjaya dilangsungkan pada 06 November 2000
yang lalu.
 
Majlis berjalan lancar dengan pemilihan muka baru sebagai peneraju PIBG Sesi 2000 dan
2001. Encik Abdul Malek B. Derani telah dipilih sebagai Yang DiPertua. Sementara
Naib Yang DiPertua pula ialah Encik Yazib B. Sulong.
 
Majlis juga telah memilih beberapa muka baru dan lama bagi membarisi jawatan Ahli
Jawatankuasa di kalangan ibu bapa. Sementara jawatan lain yang diperuntukkan
kalangan guru, akan dilantik kemudian.
 
Majlis juga berjaya membuat beberapa penetapan hasil perbincangan daripada usul-usul
yang telah dibahaskan.
 
 
Keputusan UPSR 2000
 
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid Tahun Enam akhirnya tiba. Keputusan UPSR
telah diperolehi oleh pihak sekolah sepenuhnya pada 07 November lalu. Seperti biasa ada
yang gembira dan sebaliknya. Namun ada juga yang "tak berasa apa-apa".
 
Murid yang berjaya memperolehi keputusan terbaik ialah Siti Aminah Bt Mat Kassim dari
Kampung Lada yang memperolehi 5 A. Sementara tiga orang murid berjaya memperolehi
4 A, 1 B. Mereka ialah Sharifah Inany Farhah Bt Sd. Baharudin, Saiyedar Bt Ahmad dan
Siti Saidatul Shahirah Bt Yahya.
 
Sementara peratus keseluruhan juga telah meningkat daripada 65 % tahun lalu kepada
72.72 % tahun ini. Ini berupa antara pencapaian terbaik sekolah luar bandar daerah Jerantut.
 
Melalui pencapaian ini juga membuktikan sekolah ini bukan saja dapat mengekalkan
kecemerlangan lalu, malah semakin meningkat prestasinya baik daripada segi kuantiti
maupun kualiti. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
 
 
Majlis Jamuan Guru dan Kakitangan
 
Satu majlis jamuan guru dan kakitangan sekolah telah diadakan sebelum cuti sekolah yang lalu.
Sebenarnya majlis diadakan lebih kepada meraikan Pengurus bank RHB Cawangan Jerantut
yang dijemput sama atas komitmen pihak bank berkenaan yang telah menyumbang sebuah
komputer kepada sekolah.
 
Majlis lebih bermakna dengan kehadiran Penyelia Sekolah Menengah Daerah Jerantut
Encik Ahmad Nazlan B. Idris dan Encik Mohamad Mohi B. Hj. Shafii, Setiausaha MSSD
Jerantut yang begitu berselera dengan masakan yang dimasak sendiri oleh guru-guru serta
kakitangan SKPM.